TENTANG KAMI

SEJARAH SEKOLAH

SK LKTP Sungai Nerek diberikan nama sedemikian kerana bersesuaian dengan kedudukannya yang terletak di kawasan Felda Sg Nerek. Ia merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di perkampungan Felda Sungai Nerek, kira-kira 25km dari Bandar Temerloh.

Sekolah ini mula dibuka pada 16 September 1968 dengan bilangan murid seramai 50 orang dan tiga orang tenaga pengajar. Guru Besar yang pertama ialah En Ahmad bin Karim.
  
MISI SEKOLAH

SK LKTP Sg. Nerek berkeyakinan untuk menjadikan kemudahan serta situasi sekolah dalam keadaan memberangsangkan bagi mewujudkan pelajar cemerlang
dalam kurikulum dan kokurikulum, melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berbudi bahasa, bersopan santun, bercita-cita tinggi, berdaya maju, taat kepada agama serta berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara

VISI SEKOLAH

Wawasan SK LKTP Sg. Nerek adalah:

Dengan izin Allah, tahun 2010 SK LKTP Sg. Nerek boleh menjadi salah sebuah sekolah kebangsaan yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum di peringkat Daerah dan Negeri Pahang.

LAGU SEKOLAH

LAGU UNTUK BEKALAN

Di sini tempat belajar
menulis membaca mengira
Dengan bimbingan guru
Kamu terus berusaha

Di bidang sukan dan permainan
Kami tanamkan semangat
Ingin menjadi juara
Tak kira di mana sahaja

Di sekolah Kebangsaan Sungai Nerek
Yang indah
Kami timba pengetahuan
Ilmu untuk bekalan

Kami bertekad dan berjanji
Padamu guru tercinta
Akan tingkat peribadi
Sebagai insan berguna